Mozilla Bakal Menambah Paparan Indikator Audio Pada Firefox – Dan Memudahkan Untuk Mute

Mozilla Bakal Menambah Paparan Indikator Audio Pada Firefox – Dan Memudahkan Untuk Mute

Diterbitkan pada July 27, 2015 oleh .

Pada pelayar web desktop, mungkin kadang-kala sesuatu yang menganggu apabila ada sesuatu tab memainkan audio secara mengejut. Chrome sebelum ini telah menambah indikator audio pada paparan tab untuk memudahkan pengguna mengetahui tab mana yang memainkan audio. Kini, Mozilla juga turut ingin menambah fungsi yang lebih kurang sama pada pelayar web Firefox.

Firefox Tab Audii Indicator

Menariknya, salah satu perkara menarik yang turut ditambah oleh Mozilla pada fungsi ini adalah kebolehan untuk mute sesuatu tab dengan mudah. Mozilla mengatakan ia mungkin akan berfungsi lebih kurang sama seperti bagaimana Firefox mengawal kandungan Flash pada pelayar web mereka.

Buat masa ini, fungsi ini masih lagi pada peringkat pembangunan, dan mungkin ia akan hadir ke versi stabil dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN