LINE Melancarkan Aplikasi Merakamkan Selfie Mereka, B612 Untuk Platform Windows Phone

LINE Melancarkan Aplikasi Merakamkan Selfie Mereka, B612 Untuk Platform Windows Phone

Diterbitkan pada July 27, 2015 oleh .

LINE merupakan salah satu perkhidmatan permesejan dari Asia yang agak popular di Malaysia. Mereka telah menawarkan beberapa aplikasi tambahan, termasuk salah satunya adalah aplikasi merakamkan gambar selfie dinamakan sebagai B612. Aplikasi ini ditawarkan untuk iOS dan Android sahaja sebelum ini, dan kini turut ditawarkan untuk pengguna Windows Phone.

LINE Selfie Windows Phone

Menggunakan aplikasi ini, ia dioptimasikan untuk rakaman selfie, selain turut membolehkan para pengguna menambah kesan penuras tambahan untuk gambar, selain turut menyusunnya dalam bentuk kolaj.

Pengguna juga turut boleh menggunakan aplikasi sama untuk terus berkongsi gambar ke Facebook, Twitter dan juga Instagram.

Bagi anda yang menggunakan Windows Phone, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma hari ini.

Muat-Turun LINE B612 untuk Windows Phone

Muat-Turun LINE B612 untuk Android

Muat-Turun LINE B612 untuk iOS


TIPS & ULASAN