Tactical Assault Commander – Kekunci Dan Tetikus Untuk PlayStation 4
Artikel Berkaitan

Tactical Assault Commander – Kekunci Dan Tetikus Untuk PlayStation 4

Diterbitkan pada July 27, 2015 oleh .

Antara perdebatan hangat di antara pengguna PC dan konsol ialah alat kawalan manakah yang lebih baik. Tetikus serta kekunci ataupun alat kawalan konsol? Jika permainan pandang pertama (FPS) kami rasakan alat kawalan terbaik masih lagi tetikus dan kekunci. Anda boleh menembak dengan lebih tepat dan kawalan terasa lebih lancar jika dibandingkan dengan lata kawalan.

Tactical-Assault-Commander-1

Tactical Assault Commander keluaran Hori ialah set tetikus dan kekunci khas untuk pemilik PlayStation 4 dan 3. Ianya direka khas untuk permainan FPS seperti Call of Duty pada konsol ini. Selain butang kawalan kekunci biasa, Tactical Assault Commander turut dilengkapi butang khas untuk “berjalan”, butang D-Pad dan pad sesentuh pada bahagian hadapan sama seperti yang wujud pada pengawal DualShock 4. Set tetikus dan kekunci ini akan mula dijual November hadapan pada harga ¥ 14,904 (RM 463). Nampak sangat menarik dan alat kawalan keluaran Hori memang biasanya berkualiti tinggi dan tahan lasak.

Tactical-Assault-Commander-2

 

 


TIPS & ULASAN