Cari @ Amanz

Google telah hadir dengan penawaran profil laman sosial mereka, Google+ kepada pengguna sebelum ini, dan ia telah diintegrasikan dengan mendalam pada pelbagai produk mereka. Namun, perkara ini tidak diminati ramai dan kini Google dilihat mendengar kata pengguna dan membuat perubahan yang berkaitan dengannya.

Google mengatakan Google+ akan menjadi perkhidmatan yang lebih fokus terhadap perkongsian minat, selain menggunakan fungsi seperti Google+ Collections dan sebagainya.

Untuk perkhidmatan Google lain, pengguna tidak lagi memerlukan penggunaan profil awam Google+, sebaliknya hanya memadai dengan akaun Google sahaja.

Google mengatakan mereka akan melakukan perubahan pada produk-produk mereka dalam bulan-bulan akan datang, dan bermula daripada YouTube yang tidak lagi memerlukan penggunaan profil Google+.

Google juga mengatakan mereka akan turut menawarkan kebolehan untuk pengguna yang mempunyai profil Google+ untuk menguruskannya dengan lebih efektif, malah turut memadamnya.

Perubahan ini akan hadir daripada Google dalam beberapa bulan lagi, dan dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd