Cari @ Amanz

Razer hari ini mengesahkan pengambil-alihan Ouya yang terdiri daripada pelbagai aset mereka, perisian, kandungan katalog dan sebagainya. Desas-desus berkaitan dengannya telah dikatakan sejak sebelum ini, dan hari ini Razer mengesahkannya secara rasmi.

OUYA

Razer mengatakan mereka mempunyai komitmen jangka masa panjang untuk platform Android TV dan juga konsol berasaskan Android, dan pengambil-alihan ini merupakan salah satu langkah ke arahnya.

Razer mengatakan mereka akan menawarkan sokongan untuk pengguna Ouya sedia ada untuk beralih ke Forge TV tidak lama lagi, dan memudahkan pengguna Ouya membawa permainan mereka bersama-sama ke konsol Forge. Razer turut mengatakan mereka turut akan menawarkan diskaun kepada pengguna Ouya untuk beralih k platform Razer tidak lama lagi, selain promosi khusus untuk tujuan berkenaan.

Ouya Store yang turut diambil-alih oleh Razer akan dilancarkan sebagai Cortex untuk Android TV tidak lama lagi, sekaligus menawarkan pelbagai jenis permainan dan kandungan melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd