Gambar OnePlus 2 Tertiris – Bakal Dilancarkan Dalam Beberapa Jam Lagi

Gambar OnePlus 2 Tertiris – Bakal Dilancarkan Dalam Beberapa Jam Lagi

Diterbitkan pada July 28, 2015 oleh .

OnePlus 2 akan dilancarkan pada awal pagi ini – sekitar 10 pagi waktu tempatan, dan kini beberapa jam sebelumnya, beberapa gambar hadir ke arena web, dikatakan sebagai OnePlus 2 yang akan dilancarkan hari ini.

OnePlus 2

OnePlus 2 akan hadir menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810 64-bit, memori 4GB RAM, serta dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari. OnePlus turut akan menggunakan port pengecasan berasaskan USB Type-C pada peranti mereka kelak.

Seperti biasa, ini boleh dikatakan hanya sebahagian daripadanya sahaja – dan semestinya ramai menantikan penawaran penuh peranti berkenaan, termasuk apa yang akan dibawakan oleh OxygenOS baru.

OnePlus 2

OnePlus 2

OnePlus 2


TIPS & ULASAN