Cari @ Amanz

Aplikasi Youtube Kini Menyokong Mod Menonton Video Menegak Secara Skrin Penuh

Link Copied!

Video menegak ialah masalah yang wujud sejak orang ramai memiliki telefon pintar. Masih ramai yang merakam video menggunakan peranti secara menegak kerana ia mudah dilakukan berbanding merakan secara mendatar. Terdapat jutaan video menegak di laman YouTube dan apabila dimainkan secara skrin penuh anda akan melihat palang hitam di kiri dan kanannnya. Ruang paparan video yang sepatutnya besar kini kelihatan kecil.

Menyedari masalah merakan video secara menegak tidak akan dapat dihapuskan, aplikasi YouTube Android dan iOS kini menyokong mod menonton video secara menegak secara skrin penuh.Video yang dirakam menegak akan dimainkan secara menegak pada peranti pintar anda mulai sekarang. Dengan adanya sokongan video menegak kini keseluruhan video yang dirakam dapat ditonton dengan lebih jelas pada peranti. Ini semestinya mengurangkan kemarahan anda setiap kali bertemu video menegak di YouTube mulai sekarang. Sungguhpun begitu sekiranya anda merakamkan sesuatu kami masih menyarankan anda mengambil video secara mendatar.

Viideo-Menegak


Komen ()