Sony Xperia Z3+ Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2599

Sony Xperia Z3+ Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM2599

Diterbitkan pada July 28, 2015 oleh .

Sony Xperia Z3+ sudah dipasarkan secara atas talian di Malaysia sejak minggu lalu tetapi ia hanya dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini. Peranti utama ini mempunyai skrin 5.2″ Triluminos HD Penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 810, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 32 Gigabyte (MikroSD sehingga 128 Gigabyte). Kemampuan optik pula ialah 20.7 Megapixel pada bahagian belakang dan 5.1 Megapixel pada bahagian hadapan. Kedua-duanya dilengkapi lensa sudut lebar serta menggunakan sensor Exmor R. Kapasiti bateri pula ialah 2930 mAh dengan sokongan pengecasan pantas.¬† Berbeza dengan model sebelum ini, port pengecasan MikroUSB Z3+ Dual tidak bertutup sungguhpun peranti ini masih lagi kalis air serta debu IP68.

Untuk pasaran Malaysia dua pilihan warna Xperia Z3+ diberikan iaitu hitam dan tembaga. Dua lagi warna tambahan biru dan putih akan dijual pada kemudian. Tiada tarikah diberikan bilakah dua lagi p[pilihan warna ini akan memasuki pasaran tempatan. Harga jualan adalah RM 2599 sebuah. Kepada 200 pelanggan pertama Xperia Z3+, pihak Sony akan memberikan dok pengecas percuma kepada mereka. Nantikan ulasan penuh Sony Xperia Z3+ daripada kami di masa hadapan.

Xperia Z3+ M2410017Xperia Z3+ M2410012


TIPS & ULASAN