Samsung Menjadualkan Acara Pelancaran Galaxy Note 5 Pada 13 Ogos

Diterbitkan pada July 28, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung hari ini telah mula mempromosikan acara Unpacked mereka seterusnya, dan mengumumkan Galaxy seterusnya akan diumumkan pada 13 Ogos kelak. Ia dijadualkan untuk diadakan di New York, dan Galaxy Note 5 serta Galaxy S6 Edge Plus dijangka akan diumumkan pada tarikh tersebut.

Samsung Unpacked 2015

Seperti semua sedia maklum, pelbagai gambar berkaitan Galaxy Note 5 telah tertiris sebelum ini, memperlihatkan rekaan yang lebih kurang sama seperti Galaxy S6 – selain dikatakan akan memudahkan pengguna untuk mengeluarkan stylus S-Pen. Pada masa yang sama, Samsung turut dijangka memperkenalkan peranti Galaxy S6 Edge bersaiz besar dinamakan sebagai Galaxy S6 Edge Plus.

Samsung seperti biasa akan mempertontonkan acara ini melalui online untuk memudahkan pengguna seluruh dunia mengikuti pengumuman produk baru mereka.

Sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan Samsung pada 13 Ogos kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami