Cari @ Amanz

OnePlus 2 Dilancarkan Secara Rasmi – 5.5-inci 1080p, Snapdragon 810, 13MP Kamera, USB Type-C, Pengimbas Cap Jari

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah pelbagai hype dan promosi sebelum ini, hari ini OnePlus 2 telah pun dilancarkan secara rasminya, dan menggunakan slogan sebagai “2016 Flagship Killer”. OnePlus 2 akan dijual bermula 11 Ogos ini dibeberapa buah negara.

OnePlus 2 hadir dengan skrin 5.5-inci pada paparan HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 810, memori 3GB/4GB RAM (bergantung kepada ruangan storan), dan hadir dalam pilihan storan 16GB dan 64GB.

OnePlus 2

Peranti ini turut menyertakan kamera hadapan 5-megapixel serta kamera belakang 13-megapixel. Telefon dengan bateri berkapasiti 3300mAh ini turut menyertakan ruangan pengecasan berasaskan USB Type-C – dimana kabel boleh dihubungkan secara terbalik, berbeza dengan penggunaan mikro-USB pada hari ini.

OnePlus 2 turut hadir dengan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan yang mana dikatakan mereka sebagai lebih pantas berbanding dengan TouchID pada iPhone. Disamping itu, pada bahagian tepi, sebuah slider disertakan dinamakan sebagai Alert Slider untuk mengawal notifikasi.

OnePlus 2

OnePlus 2

Untuk perisian pula, OnePlus 2 menggunakan Oxygen OS berasaskan kepada Android, dan hadir dengan beberapa fungsi tambahan seperti App Permission (yang akan hadir pada Android M), sokongan icon pack, gesture untuk mengakses aplikasi, dan sebuah fungsi dinamakan Shelf yang memaparkan aplikasi dan senarai rakan yang sering dihubungi oleh anda.

OnePlus 2 16GB akan dijual pada harga USD329 (~RM1256), sementara 64GB dengan 4GB RAM akan dijual pada harga USD389 (~RM1485). Ia akan dijual di rantau Asia Tenggara pada suku ke-4 2015 ini.


Komen ()