Selain daripada Motorola Moto G generasi ketiga, pihak Motorola juga turut memperkenalkan kemaskini untuk keluarga Moto X. Moto X 2015 ini hadir dalam dua variasi, iaitu Moto X Style dan juga Moto X Play.
Moto X Style hadir dengan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding dengan Moto X Play. Moto X Style menggunakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan pada resolusi Quad HD, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 808, dan seperti kebanyakkan peranti flagship baru, ia menyertakan memori 3GB RAM. Peranti ini hadir dengan variasi storan 16GB hingga 64GB – dimana masing-masing boleh diperluaskan dengan sokongan mikro-SD.
Untuk tujuan rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 21-megapixel, dan kamera selfie 5-megapixel.
Telefon pintar berasaskan Android ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh, serta pilihan pelbagai kerangka berbeza melalui Moto Maker.
Peranti ini menggunakan Android 5.1 Lollipop, tetapi Motorola mengatakan ia boleh dikemaskini kepada Android M pada penghujung tahun ini selepas ia dilancarkan kelak.
Moto X Style ini berharga $399 (~RM1519) dan akan dijual dibeberapa buah negara tidak lama lagi.
https://www.youtube.com/watch?v=0b98BFCqOvQ
Moto X Play pula merupakan versi sedikit berharga rendah dengan beberapa perbezaan spesifikasi berbanding dengan Moto X Style.
Moto X Play menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan Snapdragon 615, dan dilengkapi memori 2GB RAM. Ia menyertakan kamera lebih kurang sama seperti Moto X Style – iaitu 21-megapixel pada bahagian belakang dan 5-megapixel pada bahagian hadapan.
Menjadi kelebihan pada peranti ini adalah sokongan bateri, dimana Moto X Play hadir dengan bateri berkapasiti 3630mAh yang menawarkan masa penggunaan sekitar 48 jam secara kasar.
Moto X Play akan berharga sedikit murah berbanding dengan Moto X Style. Peranti ini dijangka hadir ke sejumlah pasaran terpilih – berkemungkinan negara-negara membangun sekitar bulan Ogos kelak.