Cari @ Amanz

Google Kini Membolehkan Pengguna Android Menghantar Mesej WhatsApp, Telegram Dan Sebagainya Melalui Arahan Suara

Oleh Aman

Link Copied!

Google telah mengintegrasikan sokongan “OK Google” pada Android sebelum ini dalam memudahkan pengguna membuat carian atau membuat beberapa arahan ringkas menggunakannya. Kini, fungsi tersebut turut diperluaskan untuk penghantaran mesej melalui aplikasi permesejan popular.

Google WhatsApp

Melalui sokongan baru ini, pengguna boleh menggunakan arahan seperti “OK Google, send a WhatsApp message to Ali” – dan seterusnya boleh membacakan mesej anda. Ia akan menaip secara automatik menggunakan teknologi suara-ke-teks, dan menghantar mesej tersebut kepada mereka yang dituju.

Ini sekaligus memudahkan anda untuk menghantar mesej kepada rakan-rakan di WhatsApp, Viber, WeChat, dan Telegram menggunakan arahan suara tanpa perlu membuka aplikasi tersebut.

Buat masa ini, ia hanya menyokong input berasaskan bahasa Inggeris sahaja, dan dijangka akan diperluaskan ke bahasa lain tidak lama lagi.


Komen ()