Kamera Motorola Moto X Style Dikatakan Lebih Baik Berbanding iPhone 6

Kamera Motorola Moto X Style Dikatakan Lebih Baik Berbanding iPhone 6

Diterbitkan pada July 29, 2015 oleh .

Motorola Moto X Style baru sahaja diumumkan pagi tadi dan kameranya sudahpun dinobatkan sebagai kamera kedua terbaik bagi peranti pintar mengalahkan iPhone 6. Laman DXOmark memberikan kamera 21 Megapixel X Style 83 markah, setanding dengan Samsung Galaxy Note 4. Ini meletakkannya satu anak tangga di belakang Samsung Galaxy S6.

DXO-MOto-X-Style

Dalam ujian yang mereka lakukan mereka memuji ketajaman gambar yang diambil, penghasilan semula warna yang tepat, memfokus dengan pantas dan video yang stabil walaupun tidak mempunyai OIS. Kelemahan pula ialah gambar mempunyai dedahan berlebihan apabila menggunakan flash dan fokus perlahan dalam keadaan gelap ketika mengambil video.

Motorola Moto X Style akan mula dijual September akan datang di beberapa pasaran terpilih. Buat masa ini masih tiada maklumat bilakah ia akan mula dijual di Malaysia. Setelah melihat spesifikasi dan harga Moto X Style, kami harus akui ia adalah antara peranti yang paling menarik di pasaran sekarang.

 


TIPS & ULASAN