Carian
Nokia Memperkenalkan Ozo – Kamera Untuk Merakamkan Video Realiti-Maya
July 29, 2015 Aman

Nokia hari ini secara rasminya mengumumkan produk baru mereka yang lebih ditujukan kepada penerbit filem, iaitu sebuah kamera yang dinamakan sebagai Ozo. Nokia Ozo ini hadir dioptimasikan untuk rakaman video berbentuk realiti-maya – sebuah teknologi yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini.

Nokia sendiri mengatakan Ozo ini ditujukan kepada penerbit kandungan profesional yang sering terdiri daripada penerbit filem dan sebagainya. Memandangkan teknologi realiti-maya semakin popular akhir-akhir ini, produk untuk rakaman video bagi paparan realiti-maya masih kekurangan, dan Nokia memenuhi ruangan tersebut melalui Ozo.

Nokia Ozo ini membolehkan rakaman dalam bentuk 360-darjah, dan ia masih pada peringkat fasa pembangunan awal. Nokia dijangka berkongsi lanjut mengenai penawaran dan harganya apabila ia dilancarkan secara rasminya kelak.

OZO hadir dengan lapan sensor yang diselarikan untuk rakaman serentak, selain sebuah perisian turut disediakan untuk tujuan paparan 3D dalam bentuk masa-nyata. Ia turut hadir dengan lapan intergasi mikrofon untuk rakaman bunyi yang jelas pada pelbagai sudut – suatu perkara yang penting untuk realiti-maya.

Nokia dijangka akan berkongsi lanjut mengenai produk baru mereka ini dalam minggu-minggu akan datang.

Komen