Cari @ Amanz

Akhirnya, 29 Julai 2015 tiba, dan hari ini Microsoft telah mula menawarkan kemaskini Windows 10 kepada semua pengguna Windows 7 dan juga Windows 8.1 di seluruh dunia. Microsoft menawarkan kemaskini ini secara berperingkat, dan mungkin jika komputer anda tidak menerimanya hari ini, ia akan menerima dalam beberapa hari lagi.

Windows 10 Update

Untuk menaik-taraf kepada Windows 10, salah satu perkara yang anda perlu pastikan adalah komputer anda mempunyai ruangan storan sehingga 20GB yang kosong (untuk sistem 64-bit), selain turut menggunakan sekurang-kurangnya pemprosesan 1GHz, serta memori 2GB RAM (untuk 64-bit).

Melalui Windows 10, Microsoft membawakan sejumlah fungsi baru untuk para pengguna, termasuk antaranya adalah pelayar web Microsoft Edge, sokongan menu Start, kebolehan menggunakan aplikasi moden pada desktop, fungsi desktop maya, dan pelbagai perkara lain.

Bagi anda yang masih belum menerima kemaskininya, mungkin boleh membuat beberapa perkara seperti membuat salinan pendua data dan sebagainya sementara menantikan kemaskini tersebut ditawarkan kepada anda. Anda juga boleh menggunakan alternatif dengan memuat-turun Windows 10 secara manual berbanding kemaskini automatik ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd