SanDisk Menawarkan Pemacu USB 3.0 Dengan Storan 256GB Di Malaysia Pada Harga RM439

SanDisk Menawarkan Pemacu USB 3.0 Dengan Storan 256GB Di Malaysia Pada Harga RM439

Diterbitkan pada July 30, 2015 oleh .

SanDisk merupakan salah satu jenama popular dalam penawaran beberapa aksesori – terutamanya berkaitan dengan pemacu USB. Kini, untuk pasaran Malaysia, SanDisk menambah dua produk baru, iaitu pemacu USB berasaskan USB 3.0 dengan ruangan storan dalam pilihan bersaiz 128GB dan juga 256GB.

Terdapat sejumlah pemacu USB 3.0 di pasaran pada hari ini, dan mungkin ramai tertanya apakah penawaran yang berbeza daripada SanDisk ini. Pihak SanDisk mengatakan untuk pemacu SanDisk Ultra Fit USB 3.0 dngan storan 128GB adalah pemacu USB paling kecil di dunia. Dengan penggunaan USB 3.0, ia menawarkan pemindahan data sehingga 130MB/s menggunakannya – menjadikan ia lebih 10 kali ganda pantas berbanding USB 2.0 sebelum ini.

SanDisk 128GB

Untuk pemacu USB dengan storan 256GB pula, SanDisk melabelkan ia sebagai pemacu USB 3.0 pertama dengan ruangan storan sebesar itu, dan menawarkan kelajuan pemindahan data sehingga 100MB/s.

Kedua-dua pemacu ini hadir dengan jaminan sehingga lima tahun. SanDisk 128GB Ultra Fit USB 3.0 ditawarkan di Malaysia pada harga RM239, sementara SanDisk 256GB Ultra 3.0 ditawarkan pada harga RM439.


TIPS & ULASAN