Perkhidmatan Google Play Movies Kini Boleh Diakses Pengguna Malaysia

Perkhidmatan Google Play Movies Kini Boleh Diakses Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada July 30, 2015 oleh .

Google Play Movies ialah salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google. Pagi ini perkhidmatan ini baru sahaja diaktifkan untuk pengguna Malaysia. Apabila anda membuka aplikasi Play Store anda akan melihat tab Movies berwarna merah. Filem terkini seperti Chappie boleh disewa pada harga bermula RM 13 manakala ia boleh dibeli pada harga bermula RM 50. Filem-filem lebih lama seperti The Matrix dan Top Gun pula boleh disewa pada harga RM10 dan dibeli pada harga RM 33. Ini adalah lebih murah berbanding membeli DVD/BluRay asli di kedai video. Filem yang disewa akan diberi tempoh 30 hari untuk ditonton. Selepas ditonton anda mempunyai masa 48 jam untuk menghabiskannya sebelum ianya terpadam.

Kami turut menyedari harga untuk filem definisi biasa dan definisi tinggi adalah berbeza. Versi definisi tinggi hampir dua kali ganda lebih mahal pada beberapa filem yang sempat kami lihat sebentar tadi. Pengaktifan fungsi ini oleh Google dilakukan secara mengejut. Dengan Google Play Movies dan iFlix, pilihan penstriman video untuk pengguna Malaysia semakin bertambah. Apakah pendapat anda tentang penawaran harga filem di Google Play Movies? Munasabah ataupun tidak? Kongsikan pendapat di bawah.

Google-Play-Movies-Malaysia


TIPS & ULASAN