LINE Hadir Dengan Pemalam Untuk Chrome Bagi Memudahkan Anda Menghantar Mesej Di Komputer

LINE Hadir Dengan Pemalam Untuk Chrome Bagi Memudahkan Anda Menghantar Mesej Di Komputer

Diterbitkan pada July 30, 2015 oleh .

LINE merupakan salah satu aplikasi permesejan yang agak popular dikalangan pengguna Asia, dimana menyertakan beberapa perkara menarik termasuk sticker, permainan, mahupun mata ganjaran untuk ditebus dengan produk fizikal. LINE menyediakan aplikasi untuk pelbagai platform mudah-alih, selain perisian untuk komputer.

LINE Chrome

Hari ini mereka turut memperluaskan penawaran dengan memperkenalkan sebuah pemalam khusus untuk Google Chrome. Ini sekaligus membolehkan pengguna desktop atau komputer riba yang menggunakan pelayar web Chrome mmasangnya dan berkomunikasi dengan pengguna LINE lain dengan mudah terus melalui pelayar web.

LINE untuk Chrome ini hadir dalam tetingkapnya tersendiri, dan turut disertakan adalah sebuah aplikasi pengambilan nota, selain kemudahan untuk pengguna merakamkan gambar skrin.

Bagi anda yang aktif menggunakan LINE, boleh memasang pemalam ini pada Chrome, dan memudahkan lagi anda berkomunikasi dan berkongsi sesuatu perkara ketika sedang melayari web.

Muat-Turun LINE untuk Chrome


TIPS & ULASAN