Cari @ Amanz

Facebook merupakan laman sosial paling popular di dunia, dimana ia digunakan hampir satu bilion pengguna secara aktif setiap hari, dan ini membuatkan pelbagai data berkaitan dengan hidup peribadi dan sebagainya dikongsikan melalui laman tersebut. Ini juga turut membawa kepada isu berkaitan dengan sekuriti dan juga privasi.

Pihak Facebook sendiri menyediakan pelbagai fungsi pada halaman tetapan dalam memudahkan pengguna mengawal privasi dan juga sekuriti pada perkhidmatan sosial mereka – tetapi bagi pengguna umum yang selalunya malas menyemak halaman tetapan dan sebagainya, fungsi-fungsi tersebut mungkin tidak pernah dilihat mereka.

Untuk memudahkan tujuan tersebut, sebelum ini Facebook telah hadir dengan notifikasi pada News Feed, dan kini turut menawarkan sebuah halaman khusus untuk menyemak berkaitan privasi dan juga sekuriti dengan mudah.

Facebook Sekuriti

Seperti biasa, menggunakan fungsi pada halaman ini, pengguna boleh menyemak peranti yang mempunyai akses ke profil mereka, aplikasi yang mengakses data Facebook mereka, selain beberapa fungsi berkaitan dengan sekuriti dan privasi.

Bagi anda yang menggunakan Facebook, mungkin boleh lakukan semakan pantas dengan melayari halaman khusus yang disediakan oleh Facebook ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd