Cari @ Amanz

Perang konsol generasi ke lapan sudah hampir memasuki tahun kedua dan melibatkan Sony PlayStation 4, Microsoft Xbox One dan Nintendo Wii U. Di Malaysia jelas sekali PlayStation 4 adalah juara konsol. Ini adalah disebabkan konsol ini dilancarkan secara rasmi tidak seperti Xbox One. Sony hari ini mengeluarkan angka terkini jualan PlayStation 4. Sehingga Jun 2015 sebanyak 25.3 Juta konsol terjual. Angka jualan ini adalah sangat memberangsangkan kerana PlayStation 2, konsol paling laku dalam sejarah dunia hanya berjaya mencecah jualan 20 juta unit selepas dua tahun lapan bulan dilancarkan. PlayStation 4 berjaya memecahkan rekod jualan ini dalam masa kurang dari 18 bulan.

PlayStation 4 2015

Di antara April dan Jun 2015 sebanyak 3 Juta PlayStation 4 berjaya djual. Pada masa yang sama hanya 1.4 Juta konsol Xbox (One dan 360) terjual. Sony tidak pula menyatakan jumlah jualan keseluruhan keluarga Playstation (PS4, PS3, PS2, PS TV dan Vita)  di dalam tempoh yang sama. Walaupun harga Xbox One telah dikurangkan jumlah jualan konsol ini masih belum mampu menandingi jualan PS4. Jadi tidak mengejutkan beberapa permainan yang dahulunya eksklusif kepada Xbox One seperti Rise of The Tomb Raider akhirnya dihasilkan juga untuk PS4.

Berapa ramai pembaca Amanz yang memiliki konsol PlayStation 4? Adakah anda gembira dengan berita ini? Kongsikan pendapat anda tentang perang konsol generasi ke lapan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd