Team17 Akan Memperkenalkan Worms 4 Dengan Fokus Terhadap Peranti Mudah-Alih

Team17 Akan Memperkenalkan Worms 4 Dengan Fokus Terhadap Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada July 31, 2015 oleh .

Nama Team17 agak sinonim dengan permainan kasual popular Worms. Terdapat beberapa versi permainan Worms, dan kini Team17 dilihat akan hadir dengan versi terbaru permainan berkenaan, dinamakan sebagai Worms 4.

Worms 4

Worms 4

Worms sebelum ini lebih dioptimasikan untuk komputer, dan melalui Worms 4, pihak Team17 dilihat akan memfokuskan gaya permainannya untuk peranti mudah-alih. Ia akan diperkenalkan bermula pada iOS terlebih dahulu, dan seterusnya hadir ke Android.

Gaya permainan Worms kekal seperti sebelum ini, dan pengguna boleh turut memainkan misi-misi yang pendek yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih.

Team17 akan memperkenalkan permainan ini untuk pengguna iOS pada bulan Ogos, dan diperluaskan ke platform lain selepas itu.


TIPS & ULASAN