Cari @ Amanz

Aksesori Peranti Palsu Bernilai RM151000 Dirampas Di Plaza Low Yat

Link Copied!

Isu rusuhan Plaza Low Yat kini sudah semakin reda dan dilupakan masyarakat. Kejadian yang berlaku beberapa minggu lepas ini hadir dengan beberapa penceritaan berbeza, dimana ada yang mengatakan pembeli ditipu, dan ada juga yang mengatakan pembeli telah mencuri produk berkenaan. Walaupun kami kurang pasti mengenainya buat masa ini, tetapi ia tidak boleh disangkal yang mana terdapat beberapa penjual menawarkan peranti palsu tiruan di Plaza Low Yat

lowyat

Semalam Plaza Low Yat kembali mendapat perhatian pihak berkuasa selepas sebuah serbuan dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen. Dalam serbuan semalam 11174 aksesori peranti tiruan bernilai RM 150090 dirampas selepasĀ  pemeriksaan dilakukan ke atas 120 premis perniagaan. Pada waktu yang sama tiga pekerja asing berasal dari Bangladesh dan Pakistan turut ditahan kerana bekerja tanpa permit.

Serbuan dilakukan selepas menerima laporan dari orang ramai yang pemilik premis yang diserbu disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011. Jika disabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM 15 000 bagi setiap produk yang dirampas, tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Masalah penjualan aksesori palsu ini memang sudah berlarutan sejak bertahun lamanya dan tindakan KPDNKK ini amatlah dihargai.

Pernah sekali kami membeli bateri untuk telefon yang mula menggelembung tidak sampai sebulan selepas dibeli. Ketika dibeli penjual mendakwa ianya bateri asli dari Nokia. Sejak dari hari tersebut kami menyenarai hitamkan Plaza Low Yat sebagai destinasi membeli aksesori peranti. Bagaimana pula dengan anda? Pernahkah anda menjadi mangsa penipuan aksesori peranti seperti yang berlaku kepada kami?


Komen ()