Cari @ Amanz

Hari ini hari kedua kami menggunakan Windows 10 dan setakat ini masalah yang melanda semakin berkurangan. Masalah driver kad grafik yang dialami kami pada hari pertama kini sudah diselesaikan dengan memaksa PC melakukan System Restore terlebih dahulu. Usai satu masalah sebuah lagi masalah pula timbul. Tetapi kali ini masalah adalah dalam bentuk taskbar berganda pada kedua-dua skrin komputer.

Pada versi Windows sebelum ini apabila menggunakan lebih daripada satu skrin, hanya skrin yang ditetapkan sebagai skrin utama (primary display) akan memaparkan taskbar. Pada skrin kedua taskbar tidak akan dipaparkan langsung.

Di Windows 10, secara default kesemua skrin akan memaparkan taskbar pada bahagian bawah skrin. Ini membuatkan paparan skrin tidak kemas pada pandangan kami. Sekiranya anda mahu membuangnya seperti yang kami lakukan ikuti langkah di bawah.

1. Secara default taskbar akan terletak di bawah skrin tetapi anda boleh menarik taskbar ke kanan, kiri dan atas sekiranya ia lebih memenuhi citarasa anda.Di dalam gambar di bawah anda boleh melihat taskbar dipaparkan pada skrin utama dan juga skrin kedua lengkap dengan semua ikon program yang telah dipinkan padanya. Klik kanan (right click) pada ruangan kosong pada taskbar di desktop anda.

Multiscreen-1b

2. Sebuah menu akan muncul dan pilih “properties”.

Multiscreen-2

3. Sebuah menu baru akan muncul pada bucu kiri skrin utama. Pada menu “Show taskbar buttons on” , “all taskbar dipilih”. Inilah yang menyebabkan taskbar dengan kesemua ikon singkatan program dipaparkan pada kedua-dua skrin komputer.

Multiscreen--sidenars

4. Nyahpilih kotak “Show taskbar on all displays” untuk memaparkan taskbar hanya pada skrin utama. Seperti di dalam gambar di bawah, taskbar kini hanya dipaparkan pada skrin utama di sebelah kiri.

Multiscreen-4a

5. Terdapat juga pilihan untuk memaparkan taskbar pada skrin kedua yang hanya memaparkan butang Windows, Search dan Task View. Di bawah menu “Show taskbar buttons on”, pilih “Main taskbar and taskbar where window is open”. Apabila ini dipilih setiap tetingkap folder dan aplikasi yang telah dibuka akan dipaparkan pada taskbar tanpa mengira pada skrin manakah ianya dibuka. Di dalam gambar di bawah anda boleh melihat dua ikon kecil pada taskbar skrin kedua. Ini mewakli dua tetingkap yang diletakkan pada skrin kedua. Pada waktu yang sama ikon untuk tetingkap yang sama turut dipaparkan pada taskbar skrin utama.

Multiscreen-5a

6. Pilihan ketiga dan terakhir pada menu “Show taskbar buttons on” ialah “Taskbar on where window is open”. Apabila ini dipilih, ikon kecil mewakili tetingkap yang dibuka pada skrin kedua akan dipaparkan. Tidak seperti contoh di atas kali ini ikon yang sama tidak muncul pada skrin utama. Kami kini menggunakan tetapan ini bagi memudahkan pencarian folder/program yang dibuka pada skrin tertentu. Ia sangat memudahkan kerja. Butang Task View juga boleh digunakan bagi memudahkan anda melihat folder/program apakah yang dibuka pada skrin-skrin komputer anda.

Multiscreen-6

Diharap tutorial pendek ini dapat memudahkan peralihan anda ke Windows 10. Lebih banyak tutorial seperti ini akan ditulis di masa hadapan. Teruskan membaca Amanz.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd