Apple TV Baru Dengan Sokongan Siri Serta AppStore Dijangka Hadir Pada Bulan September

Apple TV Baru Dengan Sokongan Siri Serta AppStore Dijangka Hadir Pada Bulan September

Diterbitkan pada July 31, 2015 oleh .

Apple TV merupakan sebuah kotak yang dihubungkan ke televisyen, dan pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan melaluinya. Ia telah ditawarkan sejak beberapa tahun untuk pasaran tempatan, malah Apple turut telah mengemaskininya sebelum ini. Kini, untuk tahun ini, Apple dijangka mengemaskininya sekali lagi dengan pengenalan versi baru sekitar bulan September 2015 ini.

Apple TV

Mengikut desas-desus awal, Apple dikatakan akan hadir dengan Apple TV yang nipis dan membawakan kuasa pemprosesan yang lebih berkuasa. Apple TV baru ini dijangka menggunakan cip Apple A8, selain turut menawarkan alat kawalan yang baru serta diperbaiki – dan turut menyertakan input berasaskan sentuhan.

Sistem operasi untuk Apple TV juga bakal dikemaskini, dan Apple dijangka menyertakan sokongan AppStore untuknya, selain integrasi Siri untuk Apple TV.

Apple dijangka memperkenalkan Apple TV baru ini bersama-sama dengan pengenalan iPhone yang sering berlaku sekitar bulan September.


TIPS & ULASAN