Carian
Bagaimana Mengubah Pelayar Web Utama Anda Pada Windows 10?
July 31, 2015 Aman

Pada Windows 10, ia hadir dengan pelayar web utama Microsoft Edge – dimana boleh dikatakan beroperasi dengan pantas dan lancar, tidak seperti Internet Explorer sebelum ini. Namun, mungkin ramai yang sedia menggunakan pelayar web lain seperti Firefox, Chrome dan sebagainya, dan selesa dengannya.

Untuk mengubah pelayar web utama pada Windows 10, anda boleh lakukannya dengan membuka sebarang pelayar web sedia ada anda, dan kemudian memilih untuk menetapkan pelayar web tersebut sebagai utama (default).

Selain daripadanya, anda turut boleh melakukan ia secara manual. Untuknya, anda boleh lakukan dengan;

1. Tekan kekunci Windows + Q, dan taip “default browser”.
Windows 10 Default

2. Pilih pilihan pertama, iaitu “Choose a default web browser”.

3. Sebuah tetingkap baru akan dibuka dengan pilihan program.

Windows 10 Default

4. Pada bahagian Web Browser, ia mungkin melabelkan sebagai Microsoft Edge.

Windows 10 Default

5. Klik padanya, dan pilih pelayar web yang disukai anda.

Windows 10 Default

Dengan melakukannya, anda akan berjaya mengubah pelayar web utama anda kepada pelayar web pilihan anda. Selain daripada pelayar web, anda juga turut boleh melakukan program lain seperti pemain muzik, pemain video dan sebagainya menggunakan halaman tetapan yang sama.

Komen