Cari @ Amanz

Sony sebelum ini telah hadir dengan teaser untuk telefon pintar baru mereka yang bakal dilancarkan, dan dijadualkan tarikh 3 Ogos untuk pengumuman tersebut. Kini, beberapa hari sebelumnya, gambar dua telefon pintar baru Sony, iaitu Xperia M5 dan juga Xperia C5 Ultra tertiris dan hadir ke arena web.

Peranti dibawah keluarga Xperia C sebelum ini memfokuskan kepada selfie, dan ia dikekalkan pada Xperia C5 Ultra ini dimana ia membawakan kamera hadapan 13-megapixel. Disamping itu, dengan nama Ultra, ia membawakan peranti bersaiz besar, iaitu bersaiz 6-inci.

Sony Xperia C5 Ultra

Sony Xperia C5 Ultra

Sony Xperia C5 Ultra

Telefon pintar ini dikatakan akan dilengkapi cip MediaTek 6752, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB serta bateri berkapasiti 2930mAh. Ia agak pelik memandangkan saiz 6-inci hanya membawakan saiz kapasiti yang kecil, tetapi Sony sedia terkenal dengan penawaran bateri yang mampu bertahan sehingga 2 hari lamanya.

Selain Xperia C5 Ultra, Sony juga dilihat akan memperkenalkan salah satu peranti dibawah keluarga Xperia M, iaitu Xperia M5.

Keluarga Xperia M sering dikaitkan dengan ketahanan kalis air, dan ia dijangka akan dikekalkan pada Xperia M5 ini. Namun, menariknya ia membawakan ruangan port yang tidak bertutup, selain menggunakan skrin bersaiz 5-inci.

Sony Xperia M5

Sony Xperia M5

Telefon pintar ini turut dilihat menggunakn cip MediaTek, iaitu MediaTek Helio X10, memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB, selain menggunakan kamera 21.5-megapixel. Secara kasar, ia mungkin sebuah variasi peranti berspesifikasi tinggi daripada Sony tetapi pada harga yang lebih mampu milik berbanding keluarga Xperia Z.

Seperti biasa, pengumuman kedua-dua peranti ini dijangka akan berlaku pada minggu ini, dan masih terdapat kemungkinan untuk pihak Sony membuat beberapa perubahan sebelum pelancaran rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd