Cari @ Amanz

Uber merupakan salah satu perkhidmatan yang menghubungkan pengguna kepada pemandu, dan semakin popular dari hari ke hari. Di Malaysia sahaja, ia telah ditawarkan di beberapa bandar utama, termasuk di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan juga Pulau Pinang. Uber sebelum ini telah menerima pelaburan daripada beberapa syarikat termasuk Google, dan kini ia dikatakan turut menerima pelaburan daripada Microsoft.

Microsoft dilaporkan membuat pelaburan sebanyak $100 juta pada Uber – yang membawa nilai syarikat Uber kepada hampir $50 bilion. Sebelum ini sendiri, Microsoft telah menjual sebahagian daripada bahagian pemetaan Bing mereka kepada pihak Uber.

Dengan pelaburan ini, ia sekaligus akan membawa Uber setapak ke hadapan lagi dan membolehkan mereka terus mengukuhkan kedudukan. Pihak Microsoft dan Uber masing-masing masih tidak mengeluarkan komen berkaitan dengan pelaburan ini buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd