Firefox Nightly Kini Hadir Dengan Sokongan Untuk Mute Audio Pada Tab

Firefox Nightly Kini Hadir Dengan Sokongan Untuk Mute Audio Pada Tab

Diterbitkan pada Ogos 2, 2015 oleh .

Mozilla sebelum ini telah berkongsi perancangan mereka untuk memperkenalkan indikator audio pada pelayar web mereka, dan kini melalui Firefox Nightly – pelayar web versi pembangunan Firefox, Mozilla telah pun menyertakan sokongan tersebut.

Melalui fungsi ini, Mozilla memperlihatkan ikon audio apabila sesuatu tab pada pelayar web memainkan audio (mengeluarkan bunyi). Pengguna kemudiannya boleh klik pada ikon berkenaan, dan Mozilla akan mute akan tab tersebut dan tidak lagi mengeluarkan bunyi daripada tab berkenaan.

Firefox Nightly Audio

Fungsi ini amat berguna kepada pengguna desktop, memandangkan mereka sering membuka pelbagai tab pada sesuatu masa, dan membolehkan mereka mengetahui tab mana yang mengeluarkan bunyi – serta pada masa yang sama mute akan tab berkenaan.

Selain Firefox, Chrome turut menyertakan indikator audio pada tab, tetapi hanya Firefox Nightly ini yang memudahkan pengguna mute akan tab berkenaan dengan mudah.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba fungsi ini dengan memuat-turun Firefox Nightly yang ditawarkan di Windows, Linux dan Mac.

Muat-Turun Firefox Nightly untuk desktop


TIPS & ULASAN