Cari @ Amanz

Pada Windows 10, pihak Microsoft membawakan beberapa perubahan, termasuk kemudahan membuat carian pantas ke web terus melalui taskbar Windows 10. Namun, salah satu perkara yang mungkin tidak disukai ramai adalah penggunaan enjin carian Bing.

Bing merupakan enjin carian daripada Microsoft, dimana walaupun ia membawakan beberapa kelebihan berbanding enjin carian Google, namun ia tidak begitu dioptimasikan sepenuhnya untuk pengguna di Malaysia.

Windows 10 Search

Bagi anda yang ingin mengubah segala carian yang dibuat pada taskbar daripada Bing ke Google, sebuah pemalam khusus disediakan dinamakan sebagai Bing2Google. Melalui pemalam untuk Chrome ini, sekiranya anda menetapkan Chrome sebagai pelayar web utama, dan membuat carian web menggunakan taskbar di Windows 10, maka semua carian akan dialihkan daripada Bing terus ke Google.

Hndaklah diambil perhatian juga yang mana segala perkara berkaitan Bing.com akan dialihkan ke Google, walaupun anda menaip secara manual untuk ke halaman Bing.com di Google Chrome.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd