Filem BoBoiBoy: Sfera Kuasa Ditangguhkan – Akan Ditayangkan Sekitar March/April 2016

Filem BoBoiBoy: Sfera Kuasa Ditangguhkan – Akan Ditayangkan Sekitar March/April 2016

Diterbitkan pada Ogos 3, 2015 oleh .

Animonsta yang terkenal dengan siri animasi mereka iaitu BoBoiBoy telahpun lama membuat perancangan untuk filem mereka yang bertajuk BoBoiBoy: Sfera Kuasa. Filem animasi tersebut yang kini sedang dalam pembangunan dijangka akan ditayangkan pada akhir tahun ini. Hari ini menerusi kemaskini Nizam Razak, pengarah Animonsta menyatakan yang filem tersebut akan ditangguhkan dan akan ditayangkan pada tahun hadapan sekitar bulan Mac hingga April 2016.

screenshot_473Penangguhan bagi sesuatu filem animasi bukanlah satu perkara yang janggal dalam industri animasi, memandangkan pasukan animasi Animonsta yang membangunkan filemnya juga merupakan pasukan sama yang bertanggungjawab untuk menyiapkan episod siri di televisyen. Malahan mereka juga turut menyatakan penangguhan episod untuk siri televisyen mereka, dimana episod 19 hingga episod 23 akan ditayangkan pada September hingga Disember 2015, manakala episod 24 hingga episod 26 akan ditayangkan pada bulan Januari 2016 hingga bulan Mac 2016.

Dengan penangguhan ini juga memberikan sedikit masa tambahan bagi pasukan animasi dari Animonsta untuk menyiapkan filem animasi yang berkualiti dan terbaik untuk penonton. Filem BoBoiBoy: Sfera Kuasa yang akan ditayangkan tahun depan ini juga akan ditayangkan di pawagam di Malaysia dan juga Indonesia.


TIPS & ULASAN