Cari @ Amanz

Pada desktop Windows 10, anda mungkin sedia maklum terdapat beberapa aplikasi yang dijalankan pada latar, sekaligus membolehkan anda menerima notifikasi berkaitan daripadanya dari semasa ke semasa. Perkara ini mungkin tidak diminati ramai memandangkan ia mungkin menggunakan lebih tenaga bateri berbanding kebiasaan, selain mungkin sedikit menganggu privasi dan produktiviti anda.

Windows 10 Background Apps

Untuk mengawalnya, pihak Microsoft menyediakan fungsi untuk mengawal aplikasi apakah yang boleh dijalankan di latar – yang mana terdiri daripada sejumlah aplikasi yang hadir terbina atau yang dipasang pengguna daripada Windows Store.

Pengguna perlu ke halaman Settings > Privacy > Background Apps untuk mengakses halaman khusus untuknya, dan dari halaman tersebut, anda boleh membuat kawalan mengenai aplikasi-aplikasi yang boleh dijalankan di latar dan menghantar notifikasi kepada anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd