Sony Memperkenalkan Xperia M5 – Kalis Air, Hadir Dengan Kamera 21.5-MP Belakang, 13MP Depan

Sony Memperkenalkan Xperia M5 – Kalis Air, Hadir Dengan Kamera 21.5-MP Belakang, 13MP Depan

Diterbitkan pada Ogos 3, 2015 oleh .

Sony hari ini secara rasminya memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Xperia M5. Sebelum ini beberapa info berkaitan dengannya telah pun tertiris, dan hari ini pengumuman rasmi Sony membolehkan pengguna mengetahui lebih lanjut mengenai telefon pintar baru dibawah keluarga Xperia M ini.

Sony Xperia M5

Sony Xperia M5

Xperia M5 seperti peranti keluarga Xperia M lain membawakan sokongan kalis air. Telefon pintar dengan skrin bersaiz 5-inci hadir dengan paparan HD penuh, serta dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio 64-bit 2.0Ghz. Telefon pintar ini juga dilihat membawakan sokongan ketahanan bateri sehingga 2 hari lamanya, walaupun hanya dijana dengan bateri berkapasiti 2600mAh.

Melalui Xperia M5, Sony juga turut memfokuskan kepada bahagian kamera peranti ini. Xperia M5 membawakan kamera utama 21.5-megapixel yang mana membolehkan pengguna membuat rakaman gambar dengan pantas. Sony mengatakan ia dilengkapi dengan Hybrid AF sepantas 0.2-saat. Sokongan lain seperti rakaman gambar 4K turut disertakan, selain kebolehan 5x Clear Image Zoom yang menawarkan zoom pada gambar tanpa kehilangan kualiti.

Sony Xperia M5

Untuk rakaman selfie pula, Sony melengkapkan telefon pintar ini dengan kamera hadapan 13-megapixel yang turut menyokong rakaman gambar HDR.

Sony masih tidak mengumumkan bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan dan harganya. Memandangkan Xperia M4 Aqua baru sahaja memasuki pasaran Malaysia, maka mungkin kita akan perlu nantikan beberapa bulan lagi sebelum telefon Xperia M5 ini hadir k Malaysia. Variasi Xperia M5 Dual turut diperkenalkan pada masa yang sama – yang mana membawakan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN