(Konsep) The Slide – Tandas Duduk Pintar Yang Boleh Berubah Menjadi Tandas Cangkung

(Konsep) The Slide – Tandas Duduk Pintar Yang Boleh Berubah Menjadi Tandas Cangkung

Diterbitkan pada Ogos 3, 2015 oleh .

Situasi paling menjengkelkan di Malaysia ialah kerusi tandas duduk yang dikotori tapi kasut manusia yang masih tak tahu anda tidak sepatutnya mencangkung di atasnya. Walaupun lagi lima tahun lagi kita akan mencapai Wawasan 2020, masalah ini masih berlarutan.

The-Slide-1

The Slide ialah sebuah konsep tandas duduk pintar yang bukan sahaja dapat mengesan tahap kesihatan pengguna malah boleh berubah menjadi sebuah tandas cangkung. Ia direka oleh Kim Hyeonseok yang berasal dari Korea Selatan.Sensor pada mangkuk tandas akan mengesan tahap gula di dalam air kecil dan kadar degupan jantung. Tahap kandungan gula dan degupan ini kemudian dipaparkan pada penutup. Bercakap tentang penutup, ia akan terbuka dengan sendiri apabila mengesan kehadiran pengguna.

Sekiranya pengguna lebih selesa mencangkung, tempat meletak kaki akan dikeluarkan dari tempat simpanan dan melaraskan secara automatik mengikut keselesaan pengguna. Posisi kaki dan punggung pengguna adalah seperti mencangkung tetapi tiada tekanan pada sendi lutut kerana berat tubuh masih ditampung tempat duduk.

Sebenarnya di Malaysia sudah beberapa kali kami menemui kerusi khas yang direka bagi memberikan posisi mencangkung ketika menggunakan tandas duduk. Tetapi The Slide nyata lebih canggih dan berteknologi tinggi.

The-Slide-2


TIPS & ULASAN