OnePlus Merancang Untuk Memperkenalkan Satu Lagi Peranti Pada Penghujung Tahun Ini

OnePlus Merancang Untuk Memperkenalkan Satu Lagi Peranti Pada Penghujung Tahun Ini

Diterbitkan pada Ogos 3, 2015 oleh .

OnePlus telah pun melancarkan OnePlus 2 pada bulan lepas, dan Maxis dilihat akan menawarkannya di pasaran tempatan dalam waktu terdekat ini menggunakan sistem jemputan. Selain daripada OnePlus 2, pihak OnePlus turut mempunyai perancangan untuk satu lagi peranti pada tahun ini.

One Plus20150211_153756

Perkara tersebut dikongsi oleh pengasas OnePlus, Carl Pei melalui temuramah eksklusif bersama USAToday.

Carl Pei mengatakan mereka merancang untuk memperkenalkan peranti kedua tersebut sebelum penghujung tahun ini, berkemungkinan bersempena dengan hari Natal. Spesifikasi dan apakah yang akan ditawarkan masih tidak dikongsikan beliau. Tetapi Carl Pei mengatakan beliau sangat tertarik dengan prototaip peranti berkenaan.

Selain daripada itu, bercakap mengenai masa depan, Carl Pei mengatakan mungkin pada masa akan datang, kita akan dapat melihat hanya beberapa jenama utama telefon pintar sahaja, dan daripada jangkaan beliau, Carl Pei mengatakan berkemungkinan hanya OnePlus, Apple dan Samsung sahaja akan kekal popular dalam tempoh lima tahun akan datang.


TIPS & ULASAN