Apple Dilaporkan Sedang Menguji Perkhidmatan Telekomunikasi MVNO

Apple Dilaporkan Sedang Menguji Perkhidmatan Telekomunikasi MVNO

Diterbitkan pada Ogos 4, 2015 oleh .

Apple mempunyai salah satu jenama yang kukuh dalam arena peranti mudah-alih, dan mereka turut memperluaskan penawaran dan perkhidmatan dalam beberapa arena termasuk jual-beli kandungan dan juga dompet maya. Kini, laporan baru hadir mengatakan Apple sedang dalam proses untuk menguji rangkaian telekomunikasi tersendiri berasaskan MVNO (Mobile Virtual Network Operator).

Melalui MVNO, perkhidmatan telekomunikasi ditawarkan dengan menyewa kepada beberapa penyedia rangkaian telekomunikasi sedia ada. Di Malaysia sendiri, terdapat beberapa syarikat telekomunikasi berasaskan MVNO yang sering menumpang atau menyewa rangkaian daripada Celcom dan Maxis.

Apple dikatakan sedang mengujinya di Amerika Syarikat dan ingin turut mengujinya di Eropah. Apple dikatakan akan bekerjasama dan menyewa daripada pelbagai rangkaian di sesuatu lokasi dalam usaha untuk menawarkan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan mereka.

Walaubagaimanapun, pelancarannya mungkin tidak dilakukan dalam masa terdekat dan mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun atau lebih.

Untuk makluman, sebelum ini, Google turut telah melancarkan perkhidmatan rangkaian telekomunikasi mudah-alih mereka tersendiri dinamakan sebagai Project Fi, dimana ia juga merupakan salah satu perkhidmatan MVNO. Google masih menguji dan menawarkan perkhidmatan Project Fi ini kepada pengguna secara terhad dan tidak meluas.


TIPS & ULASAN