Cari @ Amanz

Mac yang lalu kami paparkan Braille Smart Gear, sebuah konsep jam tangan pintar untuk OKU penglihatan. Muka jam boleh memaparkan huruf Braille dan ini membolehkan OKU penglihatan menggunakannya dengan mudah. Konsep ini akhirnya menjadi realiti di Korea Selatan dengan wujudnya Dot.

Dot ialah jam tangan pintar pertama untuk golongan OKU penglihatan. Tidak seperti Braille Smart Gear muka hadapan dot adalah memanjang dan bukannya segi empat sama. Konsep untuk memaparkan maklumat pada Dot masih lagi sama iaitu dengan bonjolan yang turut dan naik untuk mempamerkan huruf Braille. Dot dihasilkan untuk membolehkan OKU penglihatan hidup dengan normal seperti kita semua. Ia boleh menterjemah e-buku biasa kepada huruf Braille dan memberikan panduan arah perjalanan. Kesemua maklumat yang diperlukan OKU penglihatan secara literal berada di hujung jari mereka. Dot akan mula dijual di Korea Selatan tahun ini pada harga $300 seutas.

Dot-Braille-Smart-Watch

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd