Hari pertama The International 2015 sedang berlangsung sekarang dah sudah membawakan beberapa kejutan besar. Wakil Malaysia tahun ini, Fnatic tersungkur di pusingan pertama selepas dikalahkan pasukan Virtus.Pro yang mewakili Russia. Kekalahan pasukan yang dianggotai pemain ternama Yee “Mushi” Fung Chai ini pastinya mengecewakan peminat sukan DoTa 2 tempatan.
Selain kekalahan wakil Malaysia, hari pertama pertandingan turut melihat kejutan apabila juara The International 2014, pasukan NewBee (China) kalah kepada MVP Phoenix (Korea Selatan) yang hanya layak memasuki pertandingan tahun ini melalui pertandingan wildcard. Keputusan lain hari ini ViCi Gaming (China) mengalahkan Natus Vincere (Ukraine) dan Invictus Gaming (China) mengalahkan MVP.Hot6ix( Korea Selatan).
Dengan kekalahan Fnatic ramai peminat tempatan mula menyokong Invictus Gaming kerana salah seorang pemain mereka, Wong “ChuaN” Hock Chuan adalah rakyat Malaysia. Kepada pembaca Amanz yang mengikuti The International 5, apakah pasukan yang anda sokong sekarang?