Cari @ Amanz

Pada bulan lepas, kita telah mendengar desas-desus berkenaan pengenalan MIUI 7 pada bulan Ogos ini, dan hari ini, pengeluar peranti terkemuka dari China, Xiaomi telah pun mula menghantar jemputan kepada media-media di sana untuk acara yang dijadualkan pada 13 Ogos ini.

MIUI merupakan sistem operasi berasaskan Android dan antaramuka khusus yang digunakan oleh Xiaomi pada peranti keluaran mereka. MIUI juga turut ditawarkan kepada beberapa peranti Android popular lain dalam bentuk ROM yang boleh dipasang oleh pengguna.

MIUI 7

Pada tahun lepas, Xiaomi telah memperkenalkan MIUI6 pada bulan Ogos juga, dan pengenalan MIUI 7 ini hadir tepat setahun selepasnya. Walaupun diumumkan, kita mungkin hanya akan melihat ia ditawarkan untuk peranti beberapa bulan selepasnya – berkemungkinan bermula Oktober.

Jadi, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Xiaomi melalui MIUI7 ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd