Carian
Opera 31 Dilancarkan – Menyokong Windows 10, Dan Beroperasi Lebih Pantas Berbanding Sebelumnya
August 4, 2015 Aman

Opera Software hari ini secara rasminya telah memperkenalkan versi terbaru pelayar web desktop mereka, iaitu Opera 31. Melalui Opera 31 ini, pihak Opera terus mengoptimasikan pelayar web mereka, dan mengatakan ia kini membawakan startup-time yang lebih pantas berbanding sebelumnya.

Opera 31

Menurut Opera, Opera 31 ini membawakan masa memulakan pelayar web lebih 70% pantas berbanding dengan versi sebelumnya. Ini sekaligus membolehkan Opera 31 beroperasi lebih pantas dan dimulakan dengan laju pada sistem komputer lama.

Disamping itu, Opera 31 juga turut ditambah-baik fungsi sync, termasuk akses pada history antara peranti berbeza. Opera mengatakan mereka akan menambah beberapa fungsi lain pada versi akan datang.

Bagi pengguna Opera sedia ada, anda boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, ataupun memuat-turunnya untuk dipasang pada komputer anda sama ada Windows, Mac ataupun Linux.

Komen