BlackBerry Memperkenalkan BlackBerry Passport Silver Edition Dengan Kemaskini Pada Rekabentuk

BlackBerry Memperkenalkan BlackBerry Passport Silver Edition Dengan Kemaskini Pada Rekabentuk

Diterbitkan pada Ogos 4, 2015 oleh .

Kami sedia menggunakan BlackBerry Passport sejak ia diperkenalkan, dan amat berpuas hati dengan penawarannya. Terkini, BlackBerry turut memperkenalkan sebuah edisi baru peranti berkenaan, iaitu dalam variasi berwarna perak. Ini sekaligus menambah penawaran warna BlackBerry Passport yang telah pun sedia ditawarkan dalam warna hitam, putih dan juga merah.

BlackBerry Passport Silver Edition ini membawakan sedikit perubahan pada rekaan perantinya. Kedudukan pelbagai butang adalah masih lebih kurang sama, tetapi BlackBerry Passport Silver Edition ini membawakan perubahan pada beberapa kedudukan sensor pada bahagian hadapan, dan juga rekaan kamera belakang.

BlackBerry Passport Silver

BlackBerry turut ia menggunakan rekaan bahagian penghujung bawah peranti yang sedikit melengkung, selain papan kekunci yang lebih baik berbanding sebelumnya.

BlackBerry Passport Silver Edition turut hadir dengan BB OS 10.3.2 secara terbina yang menyertakan sokongan Amazon AppStore dan juga BlackBerry Blend. Dari segi spesifikasi, BlackBerry Passport Silver Edition menggunakan skrin empat-segi sama 4.5-inci dengan resolusi 1440×1440 pixel, cip pemprosesan empat-teras 2.2Ghz, memori 3GB RAM, dan kamera belakang 13-megapixel OIS. Peranti ini hadir dengan ruangan storan 32GB dan juga kebolehan menambah storang sehingga 128GB menggunakan mikro-SD.

Buat masa ini, pihak BlackBerry Malaysia masih tidak mengeluarkan sebarang info berkaitan dengan penawaran peranti ini di Malaysia. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN