Apple Menidakkan Laporan Mengatakan Mereka Akan Hadir Dengan Perkhidmatan Telekomunikasi

Apple Menidakkan Laporan Mengatakan Mereka Akan Hadir Dengan Perkhidmatan Telekomunikasi

Diterbitkan pada Ogos 5, 2015 oleh .

Semalam kita telah mendengar mengenai laporan yang hadir ke arena web, mengatakan Apple sedang menguji perkhidmatan MVNO dan ingin memperkenalkannya kepada para pengguna dalam beberapa tahun lagi. Hari ini, gergasi perkomputeran dari Amerika Syarikat berkenaan menidakkan laporan berkenaan.

Daripada laporan yang hadir ke arena web semalam, Apple dikatakan akan menumpang beberapa penyedia telekomunikasi dan menawarkan perkhidmatan telekomunikasi kepada pelanggan – dimana ia mungkin diuji di Amerika Syarikat dan juga Eropah. Apple dikatakan ia mungkin mengambil masa lebih lima tahun dan ke atas untuk memperkenalkan perkhidmatan tersebut kepada pengguna umum.

Daripada komen pihak Apple, mereka mengatakan mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan MVNO.

Buat masa ini terdapat beberapa penyedia berasaskan MVNO, malah Google sendiri mempunyai projek mereka tersendiri yang pada peringkat ujian, dinamakan sebagai Project Fi.

Walaupun Apple menidakkan perkara ini, tetapi ia masih tidak mustahil untuk mereka memperkenalkannya.


TIPS & ULASAN