Microsoft Memperkenalkan Perkhidmatan Perkongsian Dokumen Dinamakan Docs.com

Microsoft Memperkenalkan Perkhidmatan Perkongsian Dokumen Dinamakan Docs.com

Diterbitkan pada Ogos 5, 2015 oleh .

Microsoft sebelum ini telah menyediakan beberapa perkhidmatan dalam membolehkan pengguna hadir dengan dokumen mereka terus menggunakan pelayar web, seperti Sway, Office Online dan sebagainya. Hari ini, mereka turut melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan sebuah perkhidmatan yang membolehkan pengguna menerbitkan kandungan mereka dan berkongsi dengan lain.

Perkhidmatan yang dinamakan sebagai Docs.com kini ditawarkan dalam bentuk beta terbuka. Ia telah ditawarkan kepada sejumlah penguji secara tertutup sejak bulan Mac yang lepas.

Microsoft Docs

Menggunakan Docs.com, seperti biasa, pengguna perlu log masuk menggunakan akaun Microsoft, dan kemudian boleh memilih untuk memuat-naik atau mengimport dokumen daripada perkhidmatan sedia ada, dan kemudian berkongsi dengan lain menggunakan pautan yang disediakan.

Hendaklah diambil perhatian yang mana semua dokumen yang dikongsikan adalah berlabel akan umum, dan boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Pengguna juga kemudian boleh turut menyertakan ia pada laman web mereka menggunakan pautan khusus yang disediakan – seperti pada YouTube.

Layari : Docs.com


TIPS & ULASAN