Pelajari Ilmu Perniagaan Di 6 Zon Teroka Acara Bahtera 2015

Pelajari Ilmu Perniagaan Di 6 Zon Teroka Acara Bahtera 2015

Diterbitkan pada Ogos 5, 2015 oleh .

Acara Bahtera 2015 akan berlangsung sekitar dua minggu lagi. Acara selama dua hari dari 19 hingga 20 Ogos di KL Convention Centre ini akan menghimpunkan pelbagai seminar dan aktiviti yang bermanfaat buat para usahawan dan membolehkan mereka belajar ilmu teknologi serta model bisnes baru. Salah satu tarikan di acara ini adalah 6 Zon Teroka membolehkan para hadirin mempelajari serta memperkasa ilmu keushawanan mereka.

ebanner_03-06

Zon Bimbingan Usahawan

Menerusi zon ini, pengunjung boleh mendapatkan khidmat nasihat secara terus dari pakar perniagaan yang akan melihat apakah idea dan juga maklumat perniagaan yang dimiliki. Hasil dari maklumat tersebut akan disesuaikan dengan program dana dan juga fasiliti pernagaan yang sesuai. Terdapat 60 orang pakar perniagaan di zon ini yang boleh membantu anda sekiranya anda ada sesuatu produk, namun tidak pasti apakah langkah seterusnya.

Zon Peluang Niaga

Jika anda sudah memiliki perniagaan, namun mencari peluang untuk menembusi pasaran yang lebih besar, zon ini menyediakan slot pembiayaan, mencari rangkaian pengagihan untuk produk anda serta mengetahui teknologi apakah yang sesuai untuk perniagaan anda. Terdapat sesi Pocket Talk membolehkan anda berinteraksi dengan pemain ekosistem yang relevan bagi memajukan perniagaan anda.

Zon Pameran

Bagi anda yang ingin mencari dengan sendiri maklumat berkenaan program dan agensi berkaitan dengan keushawanan, zon ini akan mempamerkan program berkaitan dengannya. Agensi seperti Cradle, MDeC, MaGIC, CEDAR, INSKEN, MDV, My Creative Ventures, SME Bank, Teraju, dan juga Mavcap akan membuka ruang pameran mereka dan terdapat pegawai mereka yang boleh memberikan informasi untuk pengunjung.

Zon Ilmiah

Menerusi zon ini, lebih dari 40 seminar akan diadakan merangkumi pelbagai bidang, antaranya perniagaan atas talian, industri kreatif, pemasaran internet, perniagaan am, fesyen, asas tani, kandungan digital dan pelbagai lagi. Zon ini dikhususkan untuk hadirin yang kini berada pada tahap startup ataupun sedang ditahap pengembangan.

Zon Pitching

Jika anda inginkan permulaan yang lebih pantas, melalui Zon Pitching membolehkan usahawan untuk merakamkan video pitching mereka yang akan dikongsikan kepada agensi berkaitan yang menyediakan dana dan pelaburan. Agensi dan organisasi seperti Teraju SUPERB, Cradle, Axiata Digital Innovation Fund, WatchTower and Friends Accelerator, Infinite Ventures, myCreative Ventures dan banyak lagi aman menonton video pitching yang telah dirakam dan akan menghubungi anda bagi program pecutan bisnes mereka (Accelerator programme).

Bahtera -IMG_1068

Zon Bicarawara

Tidak lengkap sekiranya satu acara itu tidak mempunyai pentas perkongsian ilmu. Menerusi zon ini, pakar dan personaliti berkaitan keusahawanan, kepimpinan, konsep perniagaan baru dan sebagainya akan berkongsi ilmu dan berbicara bersama para hadirin.

Buat masa ini jadual untuk kesemua acara ini sedang dalam proses pengesahan akhir dan bagi anda yang berminat untuk hadir ke acara ini, boleh mendaftar di laman Eventbrite mereka.

Penafian: Advertorial dariĀ National Strategy Unit


TIPS & ULASAN