Trailer Mafia III Diperlihatkan
Artikel Berkaitan

Trailer Mafia III Diperlihatkan

Diterbitkan pada Ogos 5, 2015 oleh .

Mafia III diumumkan secara rasmi minggu lalu dan hari ini trailer pertamanya diperlihatkan kepada umum. Kali ini watak utama adalah seorang lelaki berkulit hitam dan bukannya seorang lelaki berketurunan Itali seperti dua permainan sebelum ini. Ianya juga berlaku ketika dekad 70an selepas tamatnya Perang Vietnam. Tidak banyak maklumat lain diberikan oleh pihak 2K Czech yang diberikan tanggungjawab membangunkan permainan ni. Kami hanya berharap ianya lebih baik dari Mafia II yang agak mengecewakan dari segi jalan cerita. Mafia : The City Of Lost Haven yang hadir pada tahun 2002 masih lagi antara permainan kehidupan Mafia yang terbaik pernah dihasilkan. Mafia III akan hadir pada konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC pada tahun 2016.


TIPS & ULASAN