LibreOffice 5.0 Dilancarkan – Hadir Dengan Sokongan Windows 10

LibreOffice 5.0 Dilancarkan – Hadir Dengan Sokongan Windows 10

Diterbitkan pada Ogos 5, 2015 oleh .

LibreOffice merupakan salah satu perisian alternatif untuk pejabat yang menawarkan kebolehan untuk membaca dan menyunting dokumen dalam format-format popular, termasuk Microsoft Office. Terkini, hari ini, pembangunnya telah pun mengumumkan pelancaran LibreOffice 5.0.

LibreOffice 5.0

LibreOffice 5.0 hadir dengan sokongan untuk tiga sistem operasi terkemuka, iaitu Windows, Linux dan juga Mac OS X. LibreOffice 5.0 hadir dengan kemaskini pada rekabentuk antaramuka, selain turut menawarkan paparan yang lebih kemas berbanding sebelumnya.

Selain kemaskini antaramuka, LibreOffice 5.0 turut membawakan sokongan dokumen yang lebih baik dan stabil berbanding sebelumnya. Setiap aplikasi dibawah LibreOffice ditambah-baik termasuk untuk Spreadsheet, selain ia turut kini menyertakan sokongan Windows 64-bit.

Bagi pengguna yang berminat, boleh memuat-turun LibreOffice 5.0 hari ini, dan mencuba sendiri pelbagai fungsi baru yang dibawakan oleh perisian pejabat sumber terbuka ini.

Muat-Turun LibreOffice 5.0 untuk desktop


TIPS & ULASAN