Masalah Sekuriti Baru Ditemui Yang Boleh Membuatkan Komputer Mac Tidak Boleh Digunakan Langsung

Masalah Sekuriti Baru Ditemui Yang Boleh Membuatkan Komputer Mac Tidak Boleh Digunakan Langsung

Diterbitkan pada Ogos 6, 2015 oleh .

Dengan perkembangan arena teknologi, salah satu isu utama yang turut menerima perhatian ramai adalah sekuriti. Ramai penganalisa bebas sering hadir dengan penemuan masalah sekuriti tersendiri, dan terkini sebuah eksploit baru ditemui yang menyasarkan firmware untuk Mac, dinamakan sebagai Thunderstrike 2.

Melalui eksploit ini, ia menyasarkan terhadap aksesori berasaskan Thunderbolt, dimana sebuah kod berbentuk malware boleh dihantar menggunakan emel atau web, dan malware tersebut akan menyasarkan aksesori berasaskan Thunderbolt. Ia kemudian akan menyertakan ROM tersendiri. Apabila pengguna Mac memulakan komputer mereka dan mempunyai aksesori Thunderbolt yang di-eksploit berkenaan, ia akan menjalankan ROM tersendiri dan mengelak daripada OS X diakses.

Perkara ini sekaligus menjadikan komputer Mac pengguna tidak boleh digunakan, malah tiada kaedah untuk mengakses OS X untuk mengemaskini atau membuang kod berkenaan selepas ia dijangkiti.

Memandangkan ia menyasarkan aksesori berasaskan Thunderbolt, maka ia akan kekal menjangkiti peranti Mac lain apabila ia dihubungkan – sekaligus menjadikan eksploit ini sesuatu yang berbahaya, terutamanya jika anda berkongsi aksesori Thunderbolt di pejabat dan sebagainya.

Apple mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini sekuriti untuk OS X Yosemite dan juga OS X El Capitan Beta tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN