YouTube Tidak Lagi Akan Memaparkan Angka Tontonan Untuk Video Baru Sebagai 301+

YouTube Tidak Lagi Akan Memaparkan Angka Tontonan Untuk Video Baru Sebagai 301+

Diterbitkan pada Ogos 6, 2015 oleh .

Sehingga sebelum ini, pada YouTube anda akan melihat sesetengah video baru memaparkan angka tontonan 301+ dan hanya akan dikemaskini kepada angka sebenar beberapa jam selepasnya. Hari ini, Google mengumumkan mereka akan mengubah sistem mereka dan tidak lagi akan memaparkan angka 301+, sebaliknya memaparkan angka tontonan yang dikemaskini semasa.

Sebelum ini, YouTube mengambil langkah tersebut untuk memaparkan angka 301+ sementara menantikan mereka mengesahkan tontonan daripada pengguna asal dan mengumpulkan data dari pelayan di seluruh dunia. Mereka kemudian menyemak tontonan tersebut bukannya hadir daripada bot dan sebagainya sebelum memaparkan angka tontonan sebenar di YouTube.

YouTube 301+

Melalui perubahan yang dilakukan kini di YouTube, Google akan terus mengemaskini dan memaparkan angka tontonan semasa. Untuk sumber tontonan daripada bot atau yang tidak disahkan oleh mereka, ia akan dipantau dan dikemaskini rekodnya selepas itu untuk sesuatu video berkenaan – sekaligus tidak lagi perlukan mereka memaparkan angka 301+ untuk jumlah tontonan sesuatu video.

Perubahan ini hadir daripada Google untuk YouTube, selepas mereka mengumumkan tidak lagi memerlukan akaun Google+ pada YouTube, selain mengemaskini ia dengan paparan pemain media baru.


TIPS & ULASAN