Cari @ Amanz

Google Keep merupakan salah satu aplikasi menarik daripada Google, memudahkan pengguna untuk membuat catatan nota pantas, dan menyimpannya untuk rujukan. Ia diintegrasikan bersama Google Drive, selain turut hadir dengan fungsi berkongsi nota dengan rakan lain menggunakan Keep.

Google Keep

Google Keep sedia ditawarkan sebagai aplikasi untuk Android dan iOS, selain turut boleh diakses menggunakan web.

Hari ini, Google turut mengemaskini aplikasi Google Keep, dan menambah fungsi untuk mengeksport nota yang dibuat pada Google Keep ke Google Docs.

Dengan mengeksport sesuatu nota, anda mungkin boleh meneruskan penyuntingan sesuatu idea dengan lebih mudah – tanpa perlu untuk salin-tampal seperti sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd