Tetikus Kinesic – Tetikus Yang Dikawal Dengan Muka Untuk Golongan OKU

Tetikus Kinesic – Tetikus Yang Dikawal Dengan Muka Untuk Golongan OKU

Diterbitkan pada Ogos 6, 2015 oleh .

Menggunakan tangan dan jari untuk mengawal komputer ialah perkara normal bagi kebanyakan insan. Tetapi tidak semua manusia menerima anugerah ini dan diuji oleh tuhan dengan kekurangan tubuh badan. Ini tidak bermakna mereka harus menjauhkan diri dari menggunakan teknologi dalam kehidupan harian.Kinesic Mouse ialah tetikus yang direka khas untuk golongan OKU dan dikawal menggunakan kamera 3D.

kinesic-Mouse

Perisian Kinesic digabungkan dengan kamera Intel Real Sense ataupun kamera Kinect untuk mengesan keseluruhan kepada dan muka pengguna. Terdapat 50 kawalan boleh diprogramkan kepada ekspresi muka berbeza. Kamera 3D yang digunakan perlu kerana tetikus Kinesic mengesan pergerakan secara tiga dimensi. Tetikus ini dibangunkan oleh Marcus Proell yang berasal dari Austria. Beliau mahu mencipta tetikus yang boleh digunakan pesakit angin ahmar, ALS, Parkinson, lumpuh dan juga penghidap masalah RSI. Ciptaan beliau ini baru sahaja memenangi hadiah utama pertandingan Conncect Ability Challenge yang dianjurkan New York University.

Sekiranya anda kenal golongan OKU yang tidak mampu menggunakan papan kekunci dan tetikus tetapi mahu menggunakan komputer, perisian Kinesic Mouse boleh dimuat turun secara percuma. Halangan yang ada sekarang pastinya kos kerana kamera Intel Real Sense dan Kinect adalah agak mahal di Malaysia.


TIPS & ULASAN