Terdapat pelbagai portal berita atas-talian pada hari ini, terutamanya daripada Malaysia. Kini, melalui sebuah temuramah khas antara Menteri Komunikasi dan Multimedia serta dengan pihak The Star, ia dilihat kerajaan sedang berkira-kira untuk membuat portal berita atas-talian tempatan untuk berdaftar dengan pihak berkuasa.
Perkara ini masih lagi pada peringkat perbincangan, dan SKMM dilihat akan mengkaji perkara berkaitan dengannya dan hadir dengan cadangan untuk mengimplementasikannya ataupun sebaliknya.
Apa pun, kerajaan menekankan yang mana mereka tiada perancangan untuk mengawal atau mengehadkan penggunaan media sosial.
Mungkin dengan kawalan ini, kerajaan akan dapat mengawal daripada tersebarnya berita-berita yang kurang tepat ataupun berunsur fitnah – yang mana seterusnya memberikan impak secara tidak langsung di media sosial.
Kerajaan turut sedang melihat kepada beberapa perkara lain termasuk perubahan pada akta siber, selain memberikan kebenaran kepada SKMM untuk menghalang akses kepada laman-laman yang boleh menganggu kestabilan dan keselamatan neagra.